Thursday, November 5, 2020

Henry Ford


Walaupun Ford tidak membina kereta atau peralatan pemasangan, beliau mengusahakan kereta pertama dimana kebanyakkan orang sederhana Amerika mampu membelinya. Dalam membuat perkara itu, Ford menukar automobil daripada harga yang mahal kepada kenderaan yang boleh dimiliki, yang memberi impak kepada landskap pada abad ke-20. Pengenalan beliau kepada Model T merevolusikan pengangkutan dan industri Amerika. Sebagai pemilik Ford Motor Company, beliau menjadi salah seorang paling kaya dan terkenal di seluruh dunia. Beliau dikenali sebagai "Fordism": pengeluaran besar-besaran dalam perjualan murah digandingkan dengan gaji yang berpatutan kepada pekerja. Ford mempunyai visi global, dimana konsumerisme merupakan kunci kepada keamanan. Beliau memberi komitmen secara sistematik mengurangkan harga memberi kesan kepada inovasi teknikal dan bisnes, termasuk sistem francis yang memberi perjanjian di seluruh Amerika Utara dan dikebanyakkan bandar-bandar utama dalam enam benua. Ford meninggalkan kekayaan beliau kepada Ford Foundation dan mengarahkan keluarganya untuk menguruskan syarikat itu. Ford dikenali kerana sifat pasifik beliau semasa Perang Dunia I.